Thursday 21 April 2011

Menghayati Pengorbanan Ibu

Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada kedua-duanya dengan penuh belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah untuk mereka dengan berkata: ''Wahai tuhanku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" Al-Israk (17:24)


Dari kire Hisyam, Faiz, Miqdam
Sedikit masa terluang saya dan sahabat-sahabat melangkah ke hospital dan dengan selambe masuk wad obstetric untuk memanfaatkan masa cuti kami selama 4 hari. Langkah kami bermula dengan begitu yakin mengharungi hiruk pikuk malam jumaat di bumi iskandariah ini.

Alhamdulilah di hospital, rezeki kami pada hari ini dapat melihat normal delivery. Dan diberi rezeki melihat twin delivery. Seorang lahir secara normal dan seorang lagi songsang. Moga sahabaat baru lahir ini menjadi mujahid islam kelak. Saya Hisyam Faiz dan Miqdam begitu teruja melihat buat kali pertama. Dan pada malam ini pelbagai manfaat dan pengajaran dapat saya renung kembali dan muhasabah diri sendiri.


nilah bayi twinya, abgya nya di belakang, dan adiknya didepan
Doctor and Father to be. :)
saya pon nk twin gak.amin~
boleh kan sayangku..<3
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya lebih mendalam dari seorang ayah..Keperitan dari saat mengandung, melahirkan anak, menjaga anak diwaktu kecil sehingga mampu berdikari rasanya tidak mampu ditanggung oleh seorang ayah.


Hanya ibu yang mampu merasa gembira dan seronok secara mendalam apabila mendapat tahu ada satu lagi nyawa yang dibawa ketika mengandung.Hanya ibu sahaja yang mampu menanggung alahan ketika mengandung. Hanya ibu sahaja yang hanya fikirkan tentang keselamatan anak dan tidak dirinya ketika melahirkan seorang insan baru.


CINTA TANPA SYARAT


"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, ampunkanlah dosa dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayangMu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil "


Itu doaku....


Entah kenapa, tiba-tiba hati terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya baca doa yang same. Adakah kerana rindu saya kepada umi dan ayah. Ya, saya rindukan mereka terutama ketika hidup saya diasak pelbagai cabaran dan berasa diri ini down. Ni buat rasa nk balik malaysia dengan serta merta. :D



nk jadi surgeon or pediatrician?
Allah memberikan percikan sifat RAHMAN dan RAHIM untuk makhluknya mengasihi tanpa syarat, hanya naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas, apatah lagi pasangan kapel.

Future Muslim Doctors
Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itu anak-anak tidak mampu membalas kasih itu.Ya ALLAH lindungilah diriku daripada menjadi anak derhaka.

Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihku pada mereka kadang-kadang tidak sampai setingga darjat kasih mereka kepada ku.


Tapi hari ini akubelajar satu benda, yang mengajarku erti kesusahan insan yang bernama ibu di saat melahirkan diriku. Keperitan dan kepayahan yang tidak terhingga yang umi lalui semasa melahirkan diriku tidak mampu dibayar walau segala dengan isi bumi seluruhnya. Kerana itulah Rasullah bersabda syurga itu dibawah tapak kaku ibu

Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba dan seorang anak. Hamba yang tidak layak meminta kasih sayang selain kasih sayang dariMu dan kedua ibu bapaku. Astaghfirullah. 


Wallahua'lam

2 comments:

  1. Insya Allah along, sama2 usaha jadi anak soleh. Hanya itu yg dapat kita beri sbg ganjaran utk mereka yg dh byk berkorban demi kita. :'(

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mohamad Akram Arif

    Hati seorang ibu akan cukup bahagia apabila anak menyedari nilai kasih sayang seorang ibu. Ibu Mohamad Akram Arif amat bertuah mempunyai anak sepertimu...Alhamdulillah...

    Rasulullah bersabda, "jika kamu mengasihi saudaramu, maka ucapkan kasihmu kepadanya."

    Seorang ibu cukup bahagia bila anaknya ucapkan kasih sayang dengan perkataan serta buktikan kasih sayang dengan perbuatan...

    May you be a loving, caring, and respectful son to your parents...Amin ya Rabb al-'alamin

    ReplyDelete