Monday 11 April 2011

Result


Alhamdulilah akhirnya selepas berbulan2 tunggu bila result nk keluar, akhirnya dia keluar jugak. Tepat pukul 11.30 alhamdulilah dengan izin Allah saya dapat juga mengakses website university selepas beratus ratus kali mencuba dek kerana berbondong bondong manusia mengakses pada benda yang satu.Walaupun penantian itu satu penyiksaan tetapi waktu dan masanya akan tiba.

Bila berfikir sejenak,seringkali kita mengejar benda yang tidak pasti dalam hidup kita.Bahkan kita melebihkan benda yang tidak pasti berbanding yang pasti.YA! Mati itu sangat pasti dan Akhirat itu pun sangat pasti. Bila muhasabah diri sendiri dalam sedar aku sentiasa mengejar benda yang tidak pasti itu,bahkan aku mengabdikan diri pada yang tidak pasti berbanding yang PASTI, kejarlah dunia itu, tp belum pasti kita akan menggapainya.Berpada pada lah dalm mengejar dunia kerana yang PASTI itu, pasti akan mengejar kita walau ke hujung dunia mana sekalipun.Sesungguhnya dunia itu jambatan akhirat, berbekallah dengan sebaik2 bekal untuk ke akhirat..

Alhamdulilah aku syukur pada ALLAH,tuhan pemberi rezeki, berkat usaha selama ni maka itulah hasilnya. Muhasabah pada sem yang lepas, padan la dengan usaha yang sedikit aku korbankan untuk mengejar keputusan itu.Jika nk dibandingkan dengan kawan2 satu kuliah, jauh beza usahaku dengan mereka.Azam sem ni, agar lebih kuat berusaha, usah malas2, jgn duk fikir bnda yang tak patot.. Sekali lagi,Alhamdulilah bersyukur sgt2 kerana takde repeat paper, maka dengan senang hatilah buleh balik malaysia tercinta time summer break nanti.:)

Wallahu'alam

2 comments: