Thursday 7 April 2011

Erti Kebahagiaan

Kalau kita sama-sama perhitungkan, bahagia itu mempunyai kaedah sebanyak orang, sebanyak penderitaan, sebanyak pengalaman, sebanyak kekecewaan.


Seorang yang rindu dan bercinta, mengatakan hasil maksudnya itulah bahagia.

Orang sakit mengatakan bahagia pada kesihatan.

Orang fakir mengatakan bahagia pada kekayaan.

Seorang mahasiswa berasa bahagia disaat bergelar sarjana.

Seorang yang berjiwa rakyat berpendapat bahawa kemerdekaan dan kecerdasan bangsa yang dipimpinnya itulah bahagia.

Mereka yang terjerumus ke lembah dosa mengatakan bahawa terhenti dari dosa itulah bahagia.

Kita akan bertambah bingung memikirkan hal ini. Dimanakah sebenarnya bahagia itu? Sebab itu kita berusaha mencari bahan bacaan yang kita rasa penting, karangan ahli falsafah, psikolog, pakar motivasi dan pengalaman hidupnya, adakah tersimpan di sana bahagia itu
Maka kebahagian yang kita cari itu terlalu tinggi. Kita hanyalah mengumpulkan pendapat orang banyak, kerana begitulah kita dalam hidup ini. Kadang-kadang pendapat mereka itu belum pernah dirasai, hanya angan-angan sahaja begitulah. Kadang-kadang telah merasai tetapi tak berasa puas, kerana tak mudah manusia melukiskan kelazatan yang dirasai. Namun dengan membaca pendapat budiman itu, moga-moga terubatlah hati, tercapai bahagia, walaupun tidak seluruhnya, sebahagian pun cukuplah…
PENDAPAT PEMIKIR ZAMAN SEKARANG
Dua pasangan yang dilamun cinta berhasrat memenuhi kemahuan hatinya dengan jalan pernikahan, mereka berjanji akan saling kasih mengasihi. Tapi setelah beberapa tahun melayari bahtera bersama, cinta bertukar menjadi amarah, hormat menjadi benci, rumah tangga yang dibinanya menjadi retak.
Seketika orang miskin yang bercita-cita hendak kaya, kerana menurutnya bila harta telah cukup bahagia akan tercapai, sebab dapat membantu sesama hamba Allah. Tetapi setelah dia kaya dia menjadi sombong, harta bendanya disimpan dan dia menjadi kikir.

Sebelum ia menjadi Ahli Parlimen atau Perdana Menteri, ia berjanji dihadapan rakyat bahawa dia akan membantah segala sifat zalim. Tapi setelah kerusi diperolehnya, bertukar kezaliman menteri yang hilang kepada menteri yang baru. Demikianlah antara lain contoh-contoh.
PENDAPAT BUDIMAN TENTANG BAHAGIA
Orang yang perpegang teguh dengan agama, kebahagiaannya adalah meninggalkan perkara yang terlarang, mengikut yang disuruh, menjauhi yang jahat, mendekati yang baik. Bahagianya adalah pada mengerjakan agama.
Ibnu khaldun, bapa ilmu Sosiologi Moden berpendapat, “Bahagia itu adalah tunduk dan patuh mengikut garis-garis yang ditentukan Allah dan perikemanusiaan.”
Imam al-Ghazali, dan ikutan dari segala tabib jiwa berpendapat bahawa, “Bahagia dan kelazatan yang sejati, ialah bilamana dapat mengingat Allah”.
Adapun, kelazatan hati ialah teguh ma’rifat kepada Allah, kerana hati itu dijadikan buat mengingat Allah. Tak ubah dengan orang yang baru pandai bermain bola sepak, dia tak henti-henti bermain, meskipun telah dilarang berkali-kali, tidak sabar hatinya kalau tidak bertemu dengan bola sepak. Demikian pula hati, yang dahulunya belum ada ma’rifat kepada Tuhannya, kemudian dia mendapat nikmat mengenalNya, sangatlah gembiranya, dan tak sabar dia menunggu masa akan bertemu dengan Tuhan itu.
Tiap-tiap bertambah makrifat, bertambah pula kelazatannya.
Seorang rakyat biasa akan sangat gembira kalau dia dapat berkenalan dengan seorang yang berpangkat Dato’, kegembiraan itu akan naik berlipat kali ganda kalau dia dapat berkenalan pula dengan Sultan. Tentu saja berkenalan dengan Allah adalah puncak dari segala macam kegembiraan, lebih dari apa yang dikira-kirakan oleh manusia, sebab tak ada yang maujud ini yang lebih dari kemuliaan Allah.
JALAN BAHAGIA
Sekarang fahamlah kita bahawa segala sesuatu di alam ini baik dan buruknya bukanlah pada zat sesuatu itu, tapi penghargaan kehendak kita atasnya, menurut tinggi rendahnya AKAL kita.
Apalah gunanya kereta bagi orang yang tak pandai memandunya?
Apalah harga al-Quran bagi seorang atheis (tidak beragama)?
Apalah harga intan bagi orang gila? Sebab itulah manusia disuruh membersihkan akal budi, supaya dengan dia kita mencapai bahagia yang sejati.
Sekarang mari kita berpatah balik kepada sirah para sahabat Nabi Muhammad saw, apakah erti kebahagiaan pada mereka. sebagai contoh saidina Umar al-khattab, mendapat kebagian yang sebenar mendengar alunan Al-Quran darpd saudara kandungnya sendiri lantas hati yanag sekeras batu menjadi selembut sutra kerana serta merta memperoleh kebahagiaan.Tidakkah kita berfikir??


Hatta Nabi Mummad saw sendiri insan yang maksum yang dijanjikan syurga terus menerus mencari kebahagiaan itu sehinggakan dirawayatkan oleh saidatina Aisyah sampai bengkak-bengkak kaki nabi mengerjakan solat malam.kita bagaimana?


Contoh daripada para salafu soleh, para sahabat, tabi' dan tabi'in telah bnyak kita dengar. Siangnya seperti singa di rimba, malamnya mengabdikan diri kepada Allah swt untuk mencari ma'rifatullah.


Sahabat para pembaca sekalian,ayuh kita mencari kebahagiaan hakiki disamping kita mengejar kebahagiaan yang sementara di dunia ini, kita nilai kembali apakah kebahagiaan yang kita peroleh sepanjang hidup kita.Adakah kita puas dgn kebahagiaan itu? Kebahagiaan bersama pasangan, kebagiaan memperoleh kejayaan  dalam peperiksaan, kebagian memperoleh harta atau kebahagian mengetahui ma'rifatullah ATAUPUN KESEMUANYA SEKALI. Mari sama sama muhasabah!
Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment