Sunday 19 June 2011

Exam ( Usaha dan Tawakal)


Alhamdulilah.. dikesempatan waktu yang lapang yang diberikan oleh Allah swt dapat juga menulis serba sedikit. Untuk makluman kami warga tahun 2 University Alexandria sedang dalam fatrah imtihan. Sedikit makluman tentang exam untuk Module Respiratory System ni:

18/6/2011(Sabtu) : Presentation
19/6/2011(Ahad) : Skill test
20/6/2011(Isnin) : Practical
27/6/2011(Isnin): Mcq

Sesungguhya kejayaan yang Allah kurniakan kepada hambanya adalah daripada hasil usaha gigih mereka. Allah SWT tidak akan sewenang-wenangnya memberi kejayaan atau pemberian tanpa ade effort drpd hambanya melainkan ianya satu istidraj supaya hambanya lebih lalai dan sesat.


Usaha yang kita lakukan mestilah disususuli dangan t aa'la. Sebaik-baik pertolongan dan pergantungan adalah pada Allah yang maha agong. Dan tawakal itu merupakan suatu ibadah dan perintah oleh Allah Ta’ala yang termaktub di dalam KitabNya.

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan bertawakallah hanya kepada Allah jika engkau beriman” (al-Maa’idah : 23) 

Dan Allah taala berfirman lagi " Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah yang dapat mengalahkan kamu,jika Allah membiarkan kamu(tidak memberi pertolongan), siapakah yang gerangan yang dapat menolong kamu selain Allah sesudah itu? Kerana itulah hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal" (Al-imran: 160)


Antara makna tawakal yang lain yang didefinisikan oleh Ibn al-Qayyim rahimahullah ialah : ‘Pekerjaan dan ibadah hati di mana hati seorang hamba itu bergantung kepada Allah, yakin kepadaNya, kembali kepadaNya serta menyerahkan segala urusan kepadaNya, dia juga redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya, kerana pengetahuanNya, kecukupanNya, serta kebaikan pilihan olehNya 

Inilah hakikat tawakal, di sebaliknya tersirat makna tauhid yang agung, makna kalimah La ilaha illah, tiada Tuhan melainkan Allah. Makna ‘tiada Tuhan melainkan Allah’ bukanlah semata-mata kita solat 5 waktu dan menghadap kiblat, tetapi ia jauh lebih dari itu. Ia perlu dibenarkan di dalam hati dan setiap tindak-tanduk kita juga perlu mengiyakannya.

Faiz, Azim, Alif, Akram
Sebagai akhirnya. Bitaufiq wa najah kepada semua sahabt-sahabat 2nd year menghadapi Exam for this Respiratory system module. Tidak lupa kepada housemate Azim, Alif dan Faiz yang banyak memberi kesedaran dan mengajak saya tidak putus-putus untuk meneruskan perjuangan dan jihad ini. Moga Allah membalas jasa kalian dengan syurga Allah insyallah.

Wallahua'lam 

Wednesday 15 June 2011

Rendah Hati

Sejarah kehidupan Rasulallah merupakan contoh nyata tawadu' dan rendah diri dan dapat diteladani dari diri Rasulullah saw, kerana bagindalah merupakan tauladan serta qudwah hasanah yang terbaik di seluruh alam semesta.

Rasulullah SAW adalah tauladan yang baik bagi kaum muslimin dalam sifat rendah hati. Kerendahan hati beliau telah terpancar semenjak masih kanak-kanak hingga diangkat menjadi Rasul. Dalam sirah nabawiyyah banyak dijelaskan sifat rendah hati yang melekat dalam diri beliau, tatkala Rasulullah menjadi kepala negara di Madinah sekaligus sebagai Nabi utusan Tuhan untuk menyampaikan dakwah Islamiyah di tengah-tengah kaumnya, beliau sendiri menampakkan diri menjadi seorang kepala negara yang sangat sederhana dan tidak memiliki keinginan untuk dipuja, dihormati secara berlebihan oleh orang lain.

Bahkan, malaikat pun menghormati baginda kerana darjat baginda yang begitu mulia di sisi Allah SWT. Nabi Muhammad saw. dipuji oleh Allah sebagai makhluk dengan akhlak sangat terpuji dan mendapat anugerah sebagai kekasih Allah.

Terdapat banyak hadis yang menganjurkan mencintai sifat rendah diri serta menekankan kepada orang-orang mukmin bahawa semakin mereka merendahkan hati mereka, kerana melaksanakan perintah Allah, mereka akan bertambah tinggi darjatnya disisi Allah.


         وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

“Hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih adalah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” (QS. Al Furqaan: 63)


''Tidaklah seseorang tawadu' kerana Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya" HR MUSLIM

"Sesungguhnya  Allah mewahyukan kepadaku hendaklah kalian tawadu' sehingga tidak ada yang merasa sombong atas seseorang, dan jaganlah seseorang berbuat zalim terhadap seseorang" HR MUSLIM

Rendah hati adalah syarat pertama jika kita ingin mencapai darajat sebagai insan yang bertakwa.

Rendah hati merupakan puncak dari akhlak seorang mukmin, iaitu rendah hati kepada Allah, Sang Pemilik kehidupan.

Rendah hati tidak mungkin diraih hanya dengan ilmu, harus diiringi dengan amal perbuatan.Rendah hati dari segi ilmu memang mudah dipelajari, namun dalam implementasinya memerlukan waktu yang tidak singkat, tetapi bertahun-tahun.
 
Tatkala sudah di puncak, rendah hati tetap harus menghiasi diri. Angin pasti berhembus lebih kencang ketika di puncak. Agar boleh bertahan bahkan terus kehadapan walaupun diuji dengan angin begitu besar. 

Jika difikirkan secara mendalam, segala pemberian yang dikurnikan oleh Allah swt, sudah pasti kita tidak dapat menghitung  betapa banyaknya nikmat itu. Lantaran itu, manusia tidak sesekali boleh mendakwa betapa hidup di dunia ini bergantung kepada kebijaksanaan dan usaha mereka semata mata, bahkan kebijaksanaan dan upaya mereka adalah kurniaan Allah Swt.

Justeru itu, hendaklah kita sentiasa menginsafi betapa hidup di dunia ini tidak terlepas daripada kurniaan Allah swt, maka sewajibnya kita merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT dan sentiasa menginsafinya. 

Sebagai akhirnya, marilah kita senantisa kita berdoa seperti mana nabi Adam berdoa selepas melakukan dosa mengeluarkan dirinya daripda syurga  " Ya tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engakau tidak mengampuni dan mengasihi kami, nescaya kami termasuk orang-orang rugi"... 

perkongsian artikel sempena program warm.

Wallahua'lam

Rujukan:
1) Syakhsiyatul Muslim oleh Syeikh Muhammad Ali Al-Hashimi
2)Asmaul Husna dengan namaMU aku hidup oleh TG Nik Aziz Nik Mat
3)Aku dan Al Ikhwan Muslimun oleh Prof Yusuf Al Qaradhawi