Akidah
merupakan teras dalam kehidupan umat islam.Tanpa akidah umat islam akan jadi
lemah. Justeru tidak hairanlah kita melihat pada hari ini umat islam tersangat
la lemah jika hendak dibandingkan dengan umat islam terdahulu. Umat islam hari
ini senang terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang di bawa oleh musuh-musuh
islam.
Selain itu,
umat islam kini menghadapi perkembangan baru dengan cabaran moden, yang menguji
akidah dan iman mereka. Ianya diterjemahkan dengan pelbagai ideologi yang
menyesatkan dan menjauhkan umat islam dari agama. Musuh islam menyerang kita
dengan serangan pemikiran yang bertubi-tubi tanpa kita sedari walau sekelip
mata.
Bahkan,
tanpa kita sedari kita dengan rela hati mengikut serta meganut falsafah dan
pemikiran mereka dan mengadaikan perinsip islam, bahkan lebih teruk
mengatakan segala perkara yang berkaitan islam adalah mundur serta
jumud dan tidak sesuai dengan peredaran zaman.
Dari
penjelasan ini adalah terang kepada kita bahawa kesedaran mengenai hakikat
kesesatan teori dan ideologi yang muncul di zaman ini adalah sangat penting. Ia
bukanlah satu khayalan yang diada-adaan tetapi ia adalah sebagai hakikat yang
sedang berlaku di zaman ini.
Pendapat
saya aliran-aliran dan ideologi-ideologi itu pada hakikatnya adalah suatu agama
baru, agama-agama yang menolak isi kandungan agama samawi. Ia sesungguhnya
mencaci segala apa yang dibawa oleh agama dari perkara-perkara ghaib dan nyata.
Sesungguhnya kewajipan menerangkan kepalsuan dan kesesatan ideologi-ideologi
telah pun ditegaskan oleh para fuqaha' islam semenjak dahulu lagi.
Zaman
pemujaan patung dan berhala, menyembah syaitan dan jin yang dipuja sudah banyak
penjelasan untuk memahaminya. Begitu juga tentang Mu'tazilah, Jabriah, Qdariah
dan sebagainya sudah cukup untuk mengerti. Tetapi ideologi-ideologi moden,
teori-teori dan falsafah-falsafah yang memuja kebendaan sebagai patung bentuk
baru dengan nama yang bermacam-macam. Tidak salah saya kata ia sebagai satu
bid'ah yg sesat lagi menyesatkan dan bid'ah ini tidak pernah diambil cakna oleh
masyarat kita pada hari ini.
Sebagai
contoh, secara jelas kita sedia maklum, islam itu meliputi segala perkara dalam
kehidupan kita seperti politik dan kenegaraan, ekonomi, muamalat, jenayah,
kekeluargaan, kemasayarakatan dan sebagainya. Umat islam terperangkap dan
terpengaruh dengan teori-teori moden dengan memisahkan pengahayatan islam dalam
perkara-perkara di atas.
Seperti yang
ditegaskan oleh Imam Hasan Al-banna Islam itu adalah Negara dan Tanah Air,
akhlak dan kekuatan. islam itu adalah kebudayaan dan undang-undang, isla,
itulah adalah tentera dan fikrah serta jihad dan dakwah.
Keperluann
umat islam di zaman ini kembali memahami islam dan mempelajari ilmu pengetahuan
yang akan membawa kepada pemahaman islam yang sahih, merupakan titik tolak
sebenar bagi kebangkitan umat islam di zaman ini.
Cukuplah
setakat ini sebagai pengenalan kepada ancaman bahaya sekularism dalam diri umat
kita. Mari kita renung kembali, adakah kita sendiri salah seorang yang
terperangkap dalam serangan ideologi oleh musuh-musuh islam. Adakah kita
sendiri yang merelakan diri kita berfikir seperti mereka? Sama- sama kita fikir
dan renung kembali.
Rujukan:
1)
Muqaddimah Akidah Muslim TG Haji Abdul Hadi Awang
2) Ancaman
Bahaya sekularisma Ustz Zulkifli Ismail( ketua dewan ulamak pas melaka)
3) Syarah
Usul 20 Al-Iman Hasan Al-Banna oleh Syeikh Ali Abdul Halim Mahmud
No comments:
Post a Comment