Sunday 10 July 2011

Bahaya Pengaruh Pemikiran Sekular Barat

Akidah merupakan teras dalam kehidupan umat islam.Tanpa akidah umat islam akan jadi lemah. Justeru tidak hairanlah kita melihat pada hari ini umat islam tersangat la lemah jika hendak dibandingkan dengan umat islam terdahulu. Umat islam hari ini senang terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang di bawa oleh musuh-musuh islam.

Selain itu, umat islam kini menghadapi perkembangan baru dengan cabaran moden, yang menguji akidah dan iman mereka. Ianya diterjemahkan dengan pelbagai ideologi yang menyesatkan dan menjauhkan umat islam dari agama. Musuh islam menyerang kita dengan serangan pemikiran yang bertubi-tubi tanpa kita sedari walau sekelip mata.

Bahkan, tanpa kita sedari kita dengan rela hati mengikut serta meganut falsafah dan pemikiran mereka dan mengadaikan perinsip islam, bahkan lebih teruk  mengatakan segala perkara yang berkaitan islam adalah mundur serta jumud dan tidak sesuai dengan peredaran zaman.

Dari penjelasan ini adalah terang kepada kita bahawa kesedaran mengenai hakikat kesesatan teori dan ideologi yang muncul di zaman ini adalah sangat penting. Ia bukanlah satu khayalan yang diada-adaan tetapi ia adalah sebagai hakikat yang sedang berlaku di zaman ini.

Pendapat saya aliran-aliran dan ideologi-ideologi itu pada hakikatnya adalah suatu agama baru, agama-agama yang menolak isi kandungan agama samawi. Ia sesungguhnya mencaci segala apa yang dibawa oleh agama dari perkara-perkara ghaib dan nyata. Sesungguhnya kewajipan menerangkan kepalsuan dan kesesatan ideologi-ideologi telah pun ditegaskan oleh para fuqaha' islam semenjak dahulu lagi.

Zaman pemujaan patung dan berhala, menyembah syaitan dan jin yang dipuja sudah banyak penjelasan untuk memahaminya. Begitu juga tentang Mu'tazilah, Jabriah, Qdariah dan sebagainya sudah cukup untuk mengerti. Tetapi ideologi-ideologi moden, teori-teori dan falsafah-falsafah yang memuja kebendaan sebagai patung bentuk baru dengan nama yang bermacam-macam. Tidak salah saya kata ia sebagai satu bid'ah yg sesat lagi menyesatkan dan bid'ah ini tidak pernah diambil cakna oleh masyarat kita pada hari ini.

Sebagai contoh, secara jelas kita sedia maklum, islam itu meliputi segala perkara dalam kehidupan kita seperti politik dan kenegaraan, ekonomi, muamalat, jenayah, kekeluargaan, kemasayarakatan dan sebagainya. Umat islam terperangkap dan terpengaruh dengan teori-teori moden dengan memisahkan pengahayatan islam dalam perkara-perkara di atas.

Seperti yang ditegaskan oleh Imam Hasan Al-banna Islam itu adalah Negara dan Tanah Air, akhlak dan kekuatan. islam itu adalah kebudayaan dan undang-undang, isla, itulah adalah tentera dan fikrah serta jihad dan dakwah.

Keperluann umat islam di zaman ini kembali memahami islam dan mempelajari ilmu pengetahuan yang akan membawa kepada pemahaman islam yang sahih, merupakan titik tolak sebenar bagi kebangkitan umat islam di zaman ini.

Cukuplah setakat ini sebagai pengenalan kepada ancaman bahaya sekularism dalam diri umat kita. Mari kita renung kembali, adakah kita sendiri salah seorang yang terperangkap dalam serangan ideologi oleh musuh-musuh islam. Adakah kita sendiri yang merelakan diri kita berfikir seperti mereka? Sama- sama kita fikir dan renung kembali. 

Rujukan:
1) Muqaddimah Akidah Muslim TG Haji Abdul Hadi Awang
2) Ancaman Bahaya sekularisma Ustz Zulkifli Ismail( ketua dewan ulamak pas melaka)
3) Syarah Usul 20 Al-Iman Hasan Al-Banna  oleh Syeikh Ali Abdul Halim Mahmud



Sunday 19 June 2011

Exam ( Usaha dan Tawakal)


Alhamdulilah.. dikesempatan waktu yang lapang yang diberikan oleh Allah swt dapat juga menulis serba sedikit. Untuk makluman kami warga tahun 2 University Alexandria sedang dalam fatrah imtihan. Sedikit makluman tentang exam untuk Module Respiratory System ni:

18/6/2011(Sabtu) : Presentation
19/6/2011(Ahad) : Skill test
20/6/2011(Isnin) : Practical
27/6/2011(Isnin): Mcq

Sesungguhya kejayaan yang Allah kurniakan kepada hambanya adalah daripada hasil usaha gigih mereka. Allah SWT tidak akan sewenang-wenangnya memberi kejayaan atau pemberian tanpa ade effort drpd hambanya melainkan ianya satu istidraj supaya hambanya lebih lalai dan sesat.


Usaha yang kita lakukan mestilah disususuli dangan t aa'la. Sebaik-baik pertolongan dan pergantungan adalah pada Allah yang maha agong. Dan tawakal itu merupakan suatu ibadah dan perintah oleh Allah Ta’ala yang termaktub di dalam KitabNya.

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan bertawakallah hanya kepada Allah jika engkau beriman” (al-Maa’idah : 23) 

Dan Allah taala berfirman lagi " Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah yang dapat mengalahkan kamu,jika Allah membiarkan kamu(tidak memberi pertolongan), siapakah yang gerangan yang dapat menolong kamu selain Allah sesudah itu? Kerana itulah hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal" (Al-imran: 160)


Antara makna tawakal yang lain yang didefinisikan oleh Ibn al-Qayyim rahimahullah ialah : ‘Pekerjaan dan ibadah hati di mana hati seorang hamba itu bergantung kepada Allah, yakin kepadaNya, kembali kepadaNya serta menyerahkan segala urusan kepadaNya, dia juga redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya, kerana pengetahuanNya, kecukupanNya, serta kebaikan pilihan olehNya 

Inilah hakikat tawakal, di sebaliknya tersirat makna tauhid yang agung, makna kalimah La ilaha illah, tiada Tuhan melainkan Allah. Makna ‘tiada Tuhan melainkan Allah’ bukanlah semata-mata kita solat 5 waktu dan menghadap kiblat, tetapi ia jauh lebih dari itu. Ia perlu dibenarkan di dalam hati dan setiap tindak-tanduk kita juga perlu mengiyakannya.

Faiz, Azim, Alif, Akram
Sebagai akhirnya. Bitaufiq wa najah kepada semua sahabt-sahabat 2nd year menghadapi Exam for this Respiratory system module. Tidak lupa kepada housemate Azim, Alif dan Faiz yang banyak memberi kesedaran dan mengajak saya tidak putus-putus untuk meneruskan perjuangan dan jihad ini. Moga Allah membalas jasa kalian dengan syurga Allah insyallah.

Wallahua'lam 

Wednesday 15 June 2011

Rendah Hati

Sejarah kehidupan Rasulallah merupakan contoh nyata tawadu' dan rendah diri dan dapat diteladani dari diri Rasulullah saw, kerana bagindalah merupakan tauladan serta qudwah hasanah yang terbaik di seluruh alam semesta.

Rasulullah SAW adalah tauladan yang baik bagi kaum muslimin dalam sifat rendah hati. Kerendahan hati beliau telah terpancar semenjak masih kanak-kanak hingga diangkat menjadi Rasul. Dalam sirah nabawiyyah banyak dijelaskan sifat rendah hati yang melekat dalam diri beliau, tatkala Rasulullah menjadi kepala negara di Madinah sekaligus sebagai Nabi utusan Tuhan untuk menyampaikan dakwah Islamiyah di tengah-tengah kaumnya, beliau sendiri menampakkan diri menjadi seorang kepala negara yang sangat sederhana dan tidak memiliki keinginan untuk dipuja, dihormati secara berlebihan oleh orang lain.

Bahkan, malaikat pun menghormati baginda kerana darjat baginda yang begitu mulia di sisi Allah SWT. Nabi Muhammad saw. dipuji oleh Allah sebagai makhluk dengan akhlak sangat terpuji dan mendapat anugerah sebagai kekasih Allah.

Terdapat banyak hadis yang menganjurkan mencintai sifat rendah diri serta menekankan kepada orang-orang mukmin bahawa semakin mereka merendahkan hati mereka, kerana melaksanakan perintah Allah, mereka akan bertambah tinggi darjatnya disisi Allah.


         وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

“Hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih adalah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” (QS. Al Furqaan: 63)


''Tidaklah seseorang tawadu' kerana Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya" HR MUSLIM

"Sesungguhnya  Allah mewahyukan kepadaku hendaklah kalian tawadu' sehingga tidak ada yang merasa sombong atas seseorang, dan jaganlah seseorang berbuat zalim terhadap seseorang" HR MUSLIM

Rendah hati adalah syarat pertama jika kita ingin mencapai darajat sebagai insan yang bertakwa.

Rendah hati merupakan puncak dari akhlak seorang mukmin, iaitu rendah hati kepada Allah, Sang Pemilik kehidupan.

Rendah hati tidak mungkin diraih hanya dengan ilmu, harus diiringi dengan amal perbuatan.Rendah hati dari segi ilmu memang mudah dipelajari, namun dalam implementasinya memerlukan waktu yang tidak singkat, tetapi bertahun-tahun.
 
Tatkala sudah di puncak, rendah hati tetap harus menghiasi diri. Angin pasti berhembus lebih kencang ketika di puncak. Agar boleh bertahan bahkan terus kehadapan walaupun diuji dengan angin begitu besar. 

Jika difikirkan secara mendalam, segala pemberian yang dikurnikan oleh Allah swt, sudah pasti kita tidak dapat menghitung  betapa banyaknya nikmat itu. Lantaran itu, manusia tidak sesekali boleh mendakwa betapa hidup di dunia ini bergantung kepada kebijaksanaan dan usaha mereka semata mata, bahkan kebijaksanaan dan upaya mereka adalah kurniaan Allah Swt.

Justeru itu, hendaklah kita sentiasa menginsafi betapa hidup di dunia ini tidak terlepas daripada kurniaan Allah swt, maka sewajibnya kita merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT dan sentiasa menginsafinya. 

Sebagai akhirnya, marilah kita senantisa kita berdoa seperti mana nabi Adam berdoa selepas melakukan dosa mengeluarkan dirinya daripda syurga  " Ya tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engakau tidak mengampuni dan mengasihi kami, nescaya kami termasuk orang-orang rugi"... 

perkongsian artikel sempena program warm.

Wallahua'lam

Rujukan:
1) Syakhsiyatul Muslim oleh Syeikh Muhammad Ali Al-Hashimi
2)Asmaul Husna dengan namaMU aku hidup oleh TG Nik Aziz Nik Mat
3)Aku dan Al Ikhwan Muslimun oleh Prof Yusuf Al Qaradhawi

Monday 25 April 2011

What Difficulties Someone Meets At Work Make Him Think

Man may encounter various difficulties throughout the day. However whatever difficulties he encounters, he need to put his trust in Allah and think such: " Allah tests us with everything we do and we think about in the life of this world.

This is a very important reality of which we should not lose sight even for a moment.

Threfore, if we meet a difficulty in anything thatb we do or think or manage do not proceed on the right track, we should never forget that all these events are set against us to test our conduct..

These thought which cross one's mind are true of all major or minor events one encounter during the day. For instance, we may make extra payments due to a misunderstanding or carelessness, we may lose a file on the computer on which we spent hours due to powercut and what had happened to me recently you were condemned on such an event you were organized for the sake of your batch.

Deep inside, it make my life worse and spoiled for days. And i admitted thats was my fault and ajk's faults because do not explain earlier.

In all these incidents, a person with faith immediately thinks that Allah is testing his conducts and pateints.

And when relief follow difficulty, we realise that this is an answer to our prayer to Allah, that Allah is the Hearer of prayers and He responds to us, and we give thanks to Allah. Thank you Allah.



I realise that living through the day thinking this though, one never becomes hopeless, worries, fell sorry, or is left desperate, no matter what one encounter.

We know Allah created all these for a good and that there is blessing in them. Moreover, we think like this not only in major events or problems that may befall us BUT, also in all of the details,big or small, we meet in our daily life.

It is easy to well said but it is very hard to practice it. Go forward and as muslim we must be an optimistic person.


Wallahua'lam

Thursday 21 April 2011

Menghayati Pengorbanan Ibu

Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada kedua-duanya dengan penuh belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah untuk mereka dengan berkata: ''Wahai tuhanku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" Al-Israk (17:24)


Dari kire Hisyam, Faiz, Miqdam
Sedikit masa terluang saya dan sahabat-sahabat melangkah ke hospital dan dengan selambe masuk wad obstetric untuk memanfaatkan masa cuti kami selama 4 hari. Langkah kami bermula dengan begitu yakin mengharungi hiruk pikuk malam jumaat di bumi iskandariah ini.

Alhamdulilah di hospital, rezeki kami pada hari ini dapat melihat normal delivery. Dan diberi rezeki melihat twin delivery. Seorang lahir secara normal dan seorang lagi songsang. Moga sahabaat baru lahir ini menjadi mujahid islam kelak. Saya Hisyam Faiz dan Miqdam begitu teruja melihat buat kali pertama. Dan pada malam ini pelbagai manfaat dan pengajaran dapat saya renung kembali dan muhasabah diri sendiri.


nilah bayi twinya, abgya nya di belakang, dan adiknya didepan
Doctor and Father to be. :)
saya pon nk twin gak.amin~
boleh kan sayangku..<3
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya lebih mendalam dari seorang ayah..Keperitan dari saat mengandung, melahirkan anak, menjaga anak diwaktu kecil sehingga mampu berdikari rasanya tidak mampu ditanggung oleh seorang ayah.


Hanya ibu yang mampu merasa gembira dan seronok secara mendalam apabila mendapat tahu ada satu lagi nyawa yang dibawa ketika mengandung.Hanya ibu sahaja yang mampu menanggung alahan ketika mengandung. Hanya ibu sahaja yang hanya fikirkan tentang keselamatan anak dan tidak dirinya ketika melahirkan seorang insan baru.


CINTA TANPA SYARAT


"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, ampunkanlah dosa dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayangMu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil "


Itu doaku....


Entah kenapa, tiba-tiba hati terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya baca doa yang same. Adakah kerana rindu saya kepada umi dan ayah. Ya, saya rindukan mereka terutama ketika hidup saya diasak pelbagai cabaran dan berasa diri ini down. Ni buat rasa nk balik malaysia dengan serta merta. :D



nk jadi surgeon or pediatrician?
Allah memberikan percikan sifat RAHMAN dan RAHIM untuk makhluknya mengasihi tanpa syarat, hanya naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas, apatah lagi pasangan kapel.

Future Muslim Doctors
Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itu anak-anak tidak mampu membalas kasih itu.Ya ALLAH lindungilah diriku daripada menjadi anak derhaka.

Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihku pada mereka kadang-kadang tidak sampai setingga darjat kasih mereka kepada ku.


Tapi hari ini akubelajar satu benda, yang mengajarku erti kesusahan insan yang bernama ibu di saat melahirkan diriku. Keperitan dan kepayahan yang tidak terhingga yang umi lalui semasa melahirkan diriku tidak mampu dibayar walau segala dengan isi bumi seluruhnya. Kerana itulah Rasullah bersabda syurga itu dibawah tapak kaku ibu

Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba dan seorang anak. Hamba yang tidak layak meminta kasih sayang selain kasih sayang dariMu dan kedua ibu bapaku. Astaghfirullah. 


Wallahua'lam

Saturday 16 April 2011

Engkau Di Hatiku

Selepas sahaja majlis transisi kepimpinan PCI melabuhkan tirai, disambung pula dengan Majlis Keraian Raja Sehari bagi mereka-mereka yang melagsungkan perkahwinan semasa cuti pergolakan politik mesir. Program ini telah dikendalikan oleh sahabat saya Muhammad Abdul Azim bin Zulkifli selaku pengarah program bersama ajk beliau.Syabas dan tahniah kerana berjaya mengadakan kenduri kahwin buat 6 pasangan. 3 daripadanya datang berpasangan dan 3 lagi datang secara solo kerana pasangan masing-masing berada di Malaysia.

bersama qarafi dan isteri
semoga bahagia :D
Salah satu pasangan adalah sahabat satu usrah dan satu batch dgn saya Mohd Qarafi bin Riduan Tee dan Isteri Puan Nusaibah. Barakallahulakuma dan semoga cinta kalian sampai ke syurga nanti Insyallah. Dan selebihnya merupakan abg-abg dan kakak-kakak senior tahun lima dan enam. Tidak dilupakan sahabat disayangi Saudara Saddam bin Jamaluddin serta pasangan Puan Afuza. Mabruk 'alaikum..

Kepada bakal pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, mestilah berusaha melengkapkan dirinya tentang pengetahuan berkaitan hukum-hakam berkenaan rumah tangga yang sebelum ini mungkin tidak diberi perhatian.

Ingin saya memetik satu hadis Nabi SAW "Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang memiliki agama, mescaya sejahteralah hidupnya"

Nasihat pada diriku dan rakan-rakan yang sedang mabuk cinta, mari kita siasat benang yang meyulam kasih dan dan cinta kita, Apakah ia sebuah takwa atau cinta yang tidak berpijak pada bumi yang nyata? Tiada insan yang mencari derita. Ibarat orang mengantuk diberikan bantal, si dahaga mendampa seteguk minuman, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Cintalah kepada Allah swt terlebih dahulu sebelum mencari cinta manusia. Mencintai ibu dan bapa serta adik beradik itu sgtlah mulia dan jgn dilupai yang itu!

Nampaknya saya sudah mengarut dalam entri kali ini, maklumlah baru habis program Majlis Keraian Raja Sehari, jiwa pun dah mula resah, kadang kala terfikir jugak nak kawin. Tetapi bila renung kembali, banyak bnda perlu dipelajari dan perlu dibaiki, supaya rumah tangga yang akan ku bina nanti sampai ke syurga dan bukannya perkahwinan yang sampai ke hari mati, atau sekadar sampai ke anak cucu dan kemudian bertemankan uban dan kedut wajah.

practice make perfect. :p
siapakah gerangan ingin menerima bunga ini? :D
Akhir sekali, keindahan rumah tangga Nabawi itu bukan dicampakkan oleh Allah daripada syurga tanpa harga. Tetapi ia timbul bersama usaha Rasulallah dan isteri Baginda yang  menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang. Mari contohi rumah tangga Rasulallah. bnyakkan membaca sirah-sirah nabi.

Wallahua'lam

Friday 15 April 2011

Majlis Transisi Kepimpinan PCI

Pimpinan baru
Pimpinan lama










Peralihan Kepimpinan.

Alhamdulilah selesai sudah PERUBATAN Cawangan Iskandariah(PCI) mengadakan mesyuarat agong buat kali ke-3. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada PCI dalam era kepimpinan yang lepas menunjukkan komitmen dan usaha yang berterusan dalam menjaga komuniti masyarakat melayu di bumi Mesir ini.

Jutaan tahniah kepada semua ajkt PCI yang baru dilantik. Sesungguhnya jawatan itu bukan satu kemuliaan tetapi ia satu amanah kepada kita.Setiap kita adalah pemimpin beerti kita mempunyai jiwa-jiwa untuk dipimpin, dan ianya bermula daripada memimpin diri kita sendiri, masyarakat dan keluarga. 

Saya selaku ahli PCI sentiasa menyokong pimpinan baru dan sedia memberi komitmen sekiranya diperlukan. Kepada sahabat saya Din, Shahir, Zairi, dan Amir Hakimi, buatlah kerja PCI dengan sebaik mungkin kerana anda lah yang akan memacu hala tuju PCI seterusnya meningkatkan lagi kualiti PCI ke satu lagi tahap. Semoga kekal thabat dan istiqamah dalam membuat kerja-kerja persatuan.

Abag Rahim Pengerusi PCI sesi lepas
Tidak sempurna  iman sehingga  kita ade sifat perkongsian. Ada kemahuan memberi untuk memberi kebaikan kepada saudara. Dan memberi dikaitkan dengan hubb, dengan kasih dan sayang. Kerana tuntutan persaudaraan adalah kasih sayang, maka hiduplah di dunia dengan memberi, demi akhirat negeri menerima kekal abadi.Ya, erti hidup itu pada memberi,,,,,, "dan memberi itu sgt manis" kata abang Rahim pengerusi PCI sesi lepas.

Di Sebalik Al-Malik Allah swt

Apkah maksud yang tersirat di sebalik perkataan Raja(Al-Malik) Allah swt? Pertmanya, Dia gagah Perkasa lagi berkuasa. Selain itu Dia tidak memerlukan bantuan daripada pihak lain untuk menjalankan urusanNya. Sedangkan Raja dan Pemimpin di dunia ini memrlukan bantuan orang lain,Sekurang kurangnya dia berkehendak kepada kesetiaan rakyatnya.

Murabiku
Lihatlah realiti sekarang, apabila tiba musim pilihan raya untuk mendapatkan mandat baru, tanpa rasa malu mereka akan meyembah rakyat dan merayu sambil merasuah dengan projek mee segera bagi memancing undi serta melancarkan manifesto berbentuk kebajikan.Segalanya demi memnjangkan hayat mereka sebagai ahli politik sekali gus orang berpengaruh di dalam negara.

Mari kita sama sama doakan supaya rakyat2 malaysia di serawak, dibukakan hati oleh Allah swt untuk memilih pemimpin yang benar-benar memberi hak mereka dan pemimpin yang amanah serta menegakkan hukum Allah di bumi Sarawak. Cukup 30 tahun rakyat Sarawak tidak maju bersama BN. Berhenti daripada memilih pemimpin yang taghut dan pecah amanah. Memilih pemimpin adalah amanah, dan ia akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.
Murabiku

Wallahua'lam