Tuesday 1 March 2011

Kenapa Pelajar Sains Perlu Belajar Agama

Ana setuju bahawa pelajar-pelajar dlm bidang sains tidak harus terlepas dalam usaha mendalami ilmu agama(ilmu asas fardhu ain) dan cabang2nya sebagaimana yg disebut oleh Syeikh Said Hawa dalam menghadapi masalah ummat yg semakin kompleks pada hari ini. 

Sebenarnya kita telah tertipu dan terperangkap dalam sistem pendidikan barat yang bersifat sekular, memisahkan antara kajian sains (yakni kajian alam yang bersifat sunnatullah) dan ketuhanan yang kita imani. Maka wajarlah, walaupun kita belajar tentang kehebatan sistem imuniti tubuh, namun jauh sekali di dalam lubuk hati kita untuk merasakan akan kehebatan Yang Maha Menciptakan sistem imuniti tersebut. 

Serangan falsafah berbentuk sekularisme ini amat membimbangkan kita kerana ia akan melahirkan golongan 'intelektual muslim' (kononnye) yang akan menyelesaikan masalah umat bukan menurut kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah, bahkan terikut-ikut dengan kaedah barat yang telah lama meninggalkan tuhan. 

Ana cadangkan kaedah yang paling praktikal yang dapat diambil oleh kita, pelajar2 sains, adalah dengan meluangkan masa, walaupun seminggu, cuti semester kita atau cuti2 lain untuk mengaji dan bertalaqi dengan ulama' yang benar2 berada di atas landasan perjuangan yang sebenar. Paling kurang kita khatam kitab2 tersebut di bawah bimbingan ulama' yang 'alim agar kita tidak menjadi golongan yang 'tahu tapi tak tahu' (golongan yang belajar tanpa berguru) sehingga diketawakan oleh masyarakat kerana sikap mereka yang 'buat2 tahu'. 

Semoga masa depan Malaysia dalam melahirkan sebuah negara Islam dapat tercapai dengan lahirnya sejumlah bilangan ulama' yang dalam pengertian umum dan serta pada masa yang sama tidak meninggalkan jihad umum dan khas. Yakinlah masa depan kemenangan milik Islam, cuma tergantung pada diri kita, hendak menjadi penontonnya, atau pesertanya.

Persoalannya, bagaimana pelajar sains ini mahu menyingkap makrifah (ilmu mengena Allah) kalau ilmu asas yang dipertahankan ulama zaman berzaman ini ditinggalkan?
Lebih menyedihkan apabila ramai yang menganggap ilmu asas islam ini sebagai ilmu kelas kedua. Sungguh walau islam menang di malaysia sekalipun ia masih jadi bahan ketawa musuh-musuh islam. Justeru proses mengisi kemenangan akan jauh lebih sulit lagi.
Tiada makna walaupun Islam menang di malaysia, namun umat2 Islam tidak faham apa itu Islam sebenarnya.

Umat Islam dewasa ini bila diimbas balik, tidak ubah seperti zaman jahiliah dahulu, beragama kerana mengikut tradisi nenek moyang(maaf kalau terkasar,namun itulah realitinya,hanya taklid semata-mata).

Kembalilah wahai umat Islam, kembalilah, kembalilah kepada Islam yang asal. Mulakan dari diri sendiri dahulu, InsyaALLAH Islam akan kembali gemilang

Walaupun begitu ,saya juga berpandangan,untuk mengembalikan kegemilangan Islam, siasah juga memainkan peranan yg amat penting berbanding tarbiah. 

Tarbiah mengambil konsep bermula dari bawah untuk memuncakkan kegemilangan Islam. Sedangkan siasah ia mengambil posisi atas. 

Apabila Islam berkuasa dari sudut siasah atau politik, maka Islam mudah untuk menguasai pemikiran masyarakat untuk berkiblatkan Islam sepenuhnya.

Secara hukum adatnya, untuk memaknakan Islam di dalam diri setiap individu, kemenangan Islam juga amat penting...(in conclusion, nak x nk, untuk mendaulatkan Islam, secara totalnya pentadbiran dan pemerintahan perlulah berdasarkan Islam)

 Jadi kesimpulannya, kemenangan Islam itu akan bermakna sekiranya umat2 Islam memahami apa itu Islam yang sebenarnya untuk memahamkan Islam secara sepenuhnya, umat Islam seharusnya meletakkan islam di tahap yang paling tinggi.

 Al-Banna menegaskan, "Ia (Islam) adalah sikap moral, kekuatan, kasih sayang dan keadilan. Ia adalah pengetahuan, hukum, ilmu dan pengadilan. Ia adalah kebendaan, kekayaan, usaha dan keperluan. Ia adalah jihad dan dakwah atau antara dan gagasan. Ia juga akidah yang benar dan ibadah yang betul, ibarat satu koin dengan dua wajah."

Ada banyak juga peneliti orientalis yang mengaku sendiri bahawa rasulullah adalah antara tokoh politik yang ulung.

So, kalau ada orang islam sendiri yang kata tiada politik islam maka dia mesti kembali mempelajari agama yang syumul ni.

Wallahua'lam