Wednesday 15 June 2011

Rendah Hati

Sejarah kehidupan Rasulallah merupakan contoh nyata tawadu' dan rendah diri dan dapat diteladani dari diri Rasulullah saw, kerana bagindalah merupakan tauladan serta qudwah hasanah yang terbaik di seluruh alam semesta.

Rasulullah SAW adalah tauladan yang baik bagi kaum muslimin dalam sifat rendah hati. Kerendahan hati beliau telah terpancar semenjak masih kanak-kanak hingga diangkat menjadi Rasul. Dalam sirah nabawiyyah banyak dijelaskan sifat rendah hati yang melekat dalam diri beliau, tatkala Rasulullah menjadi kepala negara di Madinah sekaligus sebagai Nabi utusan Tuhan untuk menyampaikan dakwah Islamiyah di tengah-tengah kaumnya, beliau sendiri menampakkan diri menjadi seorang kepala negara yang sangat sederhana dan tidak memiliki keinginan untuk dipuja, dihormati secara berlebihan oleh orang lain.

Bahkan, malaikat pun menghormati baginda kerana darjat baginda yang begitu mulia di sisi Allah SWT. Nabi Muhammad saw. dipuji oleh Allah sebagai makhluk dengan akhlak sangat terpuji dan mendapat anugerah sebagai kekasih Allah.

Terdapat banyak hadis yang menganjurkan mencintai sifat rendah diri serta menekankan kepada orang-orang mukmin bahawa semakin mereka merendahkan hati mereka, kerana melaksanakan perintah Allah, mereka akan bertambah tinggi darjatnya disisi Allah.


         وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

“Hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih adalah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” (QS. Al Furqaan: 63)


''Tidaklah seseorang tawadu' kerana Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya" HR MUSLIM

"Sesungguhnya  Allah mewahyukan kepadaku hendaklah kalian tawadu' sehingga tidak ada yang merasa sombong atas seseorang, dan jaganlah seseorang berbuat zalim terhadap seseorang" HR MUSLIM

Rendah hati adalah syarat pertama jika kita ingin mencapai darajat sebagai insan yang bertakwa.

Rendah hati merupakan puncak dari akhlak seorang mukmin, iaitu rendah hati kepada Allah, Sang Pemilik kehidupan.

Rendah hati tidak mungkin diraih hanya dengan ilmu, harus diiringi dengan amal perbuatan.Rendah hati dari segi ilmu memang mudah dipelajari, namun dalam implementasinya memerlukan waktu yang tidak singkat, tetapi bertahun-tahun.
 
Tatkala sudah di puncak, rendah hati tetap harus menghiasi diri. Angin pasti berhembus lebih kencang ketika di puncak. Agar boleh bertahan bahkan terus kehadapan walaupun diuji dengan angin begitu besar. 

Jika difikirkan secara mendalam, segala pemberian yang dikurnikan oleh Allah swt, sudah pasti kita tidak dapat menghitung  betapa banyaknya nikmat itu. Lantaran itu, manusia tidak sesekali boleh mendakwa betapa hidup di dunia ini bergantung kepada kebijaksanaan dan usaha mereka semata mata, bahkan kebijaksanaan dan upaya mereka adalah kurniaan Allah Swt.

Justeru itu, hendaklah kita sentiasa menginsafi betapa hidup di dunia ini tidak terlepas daripada kurniaan Allah swt, maka sewajibnya kita merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT dan sentiasa menginsafinya. 

Sebagai akhirnya, marilah kita senantisa kita berdoa seperti mana nabi Adam berdoa selepas melakukan dosa mengeluarkan dirinya daripda syurga  " Ya tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engakau tidak mengampuni dan mengasihi kami, nescaya kami termasuk orang-orang rugi"... 

perkongsian artikel sempena program warm.

Wallahua'lam

Rujukan:
1) Syakhsiyatul Muslim oleh Syeikh Muhammad Ali Al-Hashimi
2)Asmaul Husna dengan namaMU aku hidup oleh TG Nik Aziz Nik Mat
3)Aku dan Al Ikhwan Muslimun oleh Prof Yusuf Al Qaradhawi

No comments:

Post a Comment