Friday 15 April 2011

Majlis Transisi Kepimpinan PCI

Pimpinan baru
Pimpinan lama










Peralihan Kepimpinan.

Alhamdulilah selesai sudah PERUBATAN Cawangan Iskandariah(PCI) mengadakan mesyuarat agong buat kali ke-3. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada PCI dalam era kepimpinan yang lepas menunjukkan komitmen dan usaha yang berterusan dalam menjaga komuniti masyarakat melayu di bumi Mesir ini.

Jutaan tahniah kepada semua ajkt PCI yang baru dilantik. Sesungguhnya jawatan itu bukan satu kemuliaan tetapi ia satu amanah kepada kita.Setiap kita adalah pemimpin beerti kita mempunyai jiwa-jiwa untuk dipimpin, dan ianya bermula daripada memimpin diri kita sendiri, masyarakat dan keluarga. 

Saya selaku ahli PCI sentiasa menyokong pimpinan baru dan sedia memberi komitmen sekiranya diperlukan. Kepada sahabat saya Din, Shahir, Zairi, dan Amir Hakimi, buatlah kerja PCI dengan sebaik mungkin kerana anda lah yang akan memacu hala tuju PCI seterusnya meningkatkan lagi kualiti PCI ke satu lagi tahap. Semoga kekal thabat dan istiqamah dalam membuat kerja-kerja persatuan.

Abag Rahim Pengerusi PCI sesi lepas
Tidak sempurna  iman sehingga  kita ade sifat perkongsian. Ada kemahuan memberi untuk memberi kebaikan kepada saudara. Dan memberi dikaitkan dengan hubb, dengan kasih dan sayang. Kerana tuntutan persaudaraan adalah kasih sayang, maka hiduplah di dunia dengan memberi, demi akhirat negeri menerima kekal abadi.Ya, erti hidup itu pada memberi,,,,,, "dan memberi itu sgt manis" kata abang Rahim pengerusi PCI sesi lepas.

Di Sebalik Al-Malik Allah swt

Apkah maksud yang tersirat di sebalik perkataan Raja(Al-Malik) Allah swt? Pertmanya, Dia gagah Perkasa lagi berkuasa. Selain itu Dia tidak memerlukan bantuan daripada pihak lain untuk menjalankan urusanNya. Sedangkan Raja dan Pemimpin di dunia ini memrlukan bantuan orang lain,Sekurang kurangnya dia berkehendak kepada kesetiaan rakyatnya.

Murabiku
Lihatlah realiti sekarang, apabila tiba musim pilihan raya untuk mendapatkan mandat baru, tanpa rasa malu mereka akan meyembah rakyat dan merayu sambil merasuah dengan projek mee segera bagi memancing undi serta melancarkan manifesto berbentuk kebajikan.Segalanya demi memnjangkan hayat mereka sebagai ahli politik sekali gus orang berpengaruh di dalam negara.

Mari kita sama sama doakan supaya rakyat2 malaysia di serawak, dibukakan hati oleh Allah swt untuk memilih pemimpin yang benar-benar memberi hak mereka dan pemimpin yang amanah serta menegakkan hukum Allah di bumi Sarawak. Cukup 30 tahun rakyat Sarawak tidak maju bersama BN. Berhenti daripada memilih pemimpin yang taghut dan pecah amanah. Memilih pemimpin adalah amanah, dan ia akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.
Murabiku

Wallahua'lam




No comments:

Post a Comment