Saturday 16 April 2011

Engkau Di Hatiku

Selepas sahaja majlis transisi kepimpinan PCI melabuhkan tirai, disambung pula dengan Majlis Keraian Raja Sehari bagi mereka-mereka yang melagsungkan perkahwinan semasa cuti pergolakan politik mesir. Program ini telah dikendalikan oleh sahabat saya Muhammad Abdul Azim bin Zulkifli selaku pengarah program bersama ajk beliau.Syabas dan tahniah kerana berjaya mengadakan kenduri kahwin buat 6 pasangan. 3 daripadanya datang berpasangan dan 3 lagi datang secara solo kerana pasangan masing-masing berada di Malaysia.

bersama qarafi dan isteri
semoga bahagia :D
Salah satu pasangan adalah sahabat satu usrah dan satu batch dgn saya Mohd Qarafi bin Riduan Tee dan Isteri Puan Nusaibah. Barakallahulakuma dan semoga cinta kalian sampai ke syurga nanti Insyallah. Dan selebihnya merupakan abg-abg dan kakak-kakak senior tahun lima dan enam. Tidak dilupakan sahabat disayangi Saudara Saddam bin Jamaluddin serta pasangan Puan Afuza. Mabruk 'alaikum..

Kepada bakal pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, mestilah berusaha melengkapkan dirinya tentang pengetahuan berkaitan hukum-hakam berkenaan rumah tangga yang sebelum ini mungkin tidak diberi perhatian.

Ingin saya memetik satu hadis Nabi SAW "Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang memiliki agama, mescaya sejahteralah hidupnya"

Nasihat pada diriku dan rakan-rakan yang sedang mabuk cinta, mari kita siasat benang yang meyulam kasih dan dan cinta kita, Apakah ia sebuah takwa atau cinta yang tidak berpijak pada bumi yang nyata? Tiada insan yang mencari derita. Ibarat orang mengantuk diberikan bantal, si dahaga mendampa seteguk minuman, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Cintalah kepada Allah swt terlebih dahulu sebelum mencari cinta manusia. Mencintai ibu dan bapa serta adik beradik itu sgtlah mulia dan jgn dilupai yang itu!

Nampaknya saya sudah mengarut dalam entri kali ini, maklumlah baru habis program Majlis Keraian Raja Sehari, jiwa pun dah mula resah, kadang kala terfikir jugak nak kawin. Tetapi bila renung kembali, banyak bnda perlu dipelajari dan perlu dibaiki, supaya rumah tangga yang akan ku bina nanti sampai ke syurga dan bukannya perkahwinan yang sampai ke hari mati, atau sekadar sampai ke anak cucu dan kemudian bertemankan uban dan kedut wajah.

practice make perfect. :p
siapakah gerangan ingin menerima bunga ini? :D
Akhir sekali, keindahan rumah tangga Nabawi itu bukan dicampakkan oleh Allah daripada syurga tanpa harga. Tetapi ia timbul bersama usaha Rasulallah dan isteri Baginda yang  menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang. Mari contohi rumah tangga Rasulallah. bnyakkan membaca sirah-sirah nabi.

Wallahua'lam

2 comments:

  1. entri anda kali ni buat sy terasa geli tekak. *luga*
    (harap anda pun nikah cepat2)

    ReplyDelete
  2. wat the keram.. hhahaha.. nampak tua la ak ko tulis camtu =-="

    ReplyDelete